LEARN MORE ABOUT US
Pengakap Raja(Udara) yang pertama di negeri Pulau Pinang. ----Thong Weng Harng
Pengakap Raja(Udara) yang pertama di negeri Pulau Pinang.
Majlis Penyampaian Lencana Pengakap Raja
Persekutuan Pengakap Malaysia Negeri Pulau Pinang
Tarikh:29 September 2019
Tempat:Wisma Pengakap Negeri Pulau Pinang
Seramai 16 orang ahli pengakap termasuk seorang pengakap udara menerima Lencana Pengakap Raja Persekutuan Pengakap Malaysia Negeri Pulau Pinang. Thong Weng Harng dari Kumpulan Ke-101, Bukit Mertajam merupakan Pengakap Raja(Udara) yang pertama di negeri Pulau Pinang.
16 orang Pengakap Raja Pengakap Negeri Pulau Pinang Tahun 2019 menerima Lencana Pengakap Raja yang disampaikan oleh Yang Berhormat Soon Lip Chee, Exco Kerajaan Negeri Pulau Pinang merangkap Timbalan Yang Dipertua Majlis Pengakap Negeri Pulau Pinang disaksikan oleh Tuan Haji Zulkafli Bin Kamaruddin, Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri Pulau Pinang.
YB Soon Lip Chee berkata akan memberikan sokongan yang sepenuhnya dalam mengerakan aktiviti kepengakapan bagi melahirkan lebih ramai insan yang berguna kepada masyarakat dan menolong orang pada setiap masa.
YB Soon Lip Chee juga berkata beliau akan membantu dalam membantu PPM Negeri Pulau Pinang bagi menyelesaikan isu tapak perkhemahan Pengakap Negeri Pulau Pinang.
Turut hadir En. Heng Soo Peng, Timbalan Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri Pulau Pinang, En. Ong Ewe Keat, Bendahari Kehormat Majlis Pengakap Negeri Pulau Pinang.