LEARN MORE ABOUT US
Anugerah Pengakap Raja adalah anugerah yang tertinggi bagi budak-budak Pengakap. Seorang Pengakap Remaja yang berjaya menerima anugerah ini akan di beri Lencana Pengakap Raja dan Sijil Diraja Pengakap Raja.
1. Rekabentuk lencana ini bermotifkan daripada Tengkolok di Raja, iaitu tengkolok DYMM Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong. Dengan demikian ianya dengan sendirinya membawa makna yang tepat di atas kedududkan nilai lencana ini. Kedudukkan Tengkolok di Raja di atas rekabentuk itu membayangkan perintah Raja dijunjung dan dimuliakan.
2. Motif Tengkolok Di Raja ini membawa pengertian yang mendalam kepada Pengakap bila ia dianugerahkan lencana ini.
3. Motif itu diletakkan di dalam satu bentuk berupa kubah masjid yang membawa makna Malaysia adalah sebuah Negara Islam dan Raja menjadi ketuanya.
4. Rekabentuk di bahagian bawah motif Tengkolok Di Raja itu dihiasi dengan ikatan persaudaraan Pengakap dan perkataan PENGAKAP RAJA yang bermakna bahawa lencana ini hanya boleh dipakai oleh Pengakap Raja sahaja.
5. Warna kuning latarbelakang lencana membawa makna warna Di Raja dan warna hijau di tepi sekeliling lencana itu adalah warna Pengakap.
6. Kedudukan warna hijau mengelilingi gubahan Tengolok Di Raja itu menunjukkan kesetiaan dan kasih kepada Raja.
Sijil Diraja Pengakap Raja adalah satu-satunya sijil yang paling bernilai bagi Pengakap. Untuk mendapatkannya Pengakap Remaja perlu menjalani berbagai ujian yang penuh dengan cabaran. Nilai yang lebih istimewa kepada sijil ini ialah dengan kemurahan hati dan perkenan DYMM Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong dan Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja Melayu dalam Negara Malaysia untuk menandatangani sijil tersebut.
Seorang Pengakap Remaja sebelum dianugerahkan Lencana dan Sijil Diraja Pengakap Raja hendaklah:-
a) Telah memegang Rambu Pengakap Remaja dan berumur tidak kurang daripada tujuh belas tahun semasa memohon untuk menjalani Ujian Pentarafan Pengakap Raja.
b) Diakui mempunyai kemahiran Pengakap yang secukupnya dan bersedia mangamalkan kemahiran itu untuk masyarakat.
c) Diakui oleh Ketua Pesuruhjaya Negara sebagai seorang Pengakap yang berkelakuan baik dan berkeperibadian sebagai seorang Pengakap yang boleh dijadikan teladan.
Pengakap Remaja itu hendaklah menghadiri dan menyelesaikan Perkhemahan Ujian Sikap selama 3 hari 2 malam yang dikelolakan oleh Pasukan Latihan Daerah/ Negeri. Mereka akan menjalani ujian dan penilaian yang berkaitan dengan pencapaian sikap kendiri seperti yang berikut :-
a) Bertanggungjawab
Telah mencapai darjah yang tinggi dalam hal Pertolongan Cemas dan Latihan Kecemasan yang lain.
Telah memperolehi Sijil lntermediate Pertolongan Cemas dari Pegawai Perubatan bertauliah atau St. John Ambulan atau Bulan Sabit Merah atau Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM). ATAU telah memperolehi 'Bronze Cross' Pertubuhan Penyelamat Nyawa atau badan-badan berkaitan ynng lain.
Membuktikan bahawa dia telah melatih patrolnya dalam Pertolongan Cemas Peringkat Sijil Asas Pertolongan Cemas daripada Pegawai Perubatan bertauliah atau St. John Ambulan atau Bulan Sabit Merah atau Jabatan Pertahahan Awam Malaysia (JPAM). ATAU
Membuktikan bahawa dia telah melatih patrolnya dalam latihan menyelamat peringkat 'Bronze Medallion' - Pertubuhan Penyelamat Nyawa atau badan-badan berkaitan yang lain.
b) Khidmat Masyarakat
Mengambil bahagian dalam kerja amal yang biasa yang dipersetujui oleh Petsuruhjaya Daerah yang mengambil masa tidak kurang daripada 24 jam diluar masa kerja Pengakap; seperti menuai padi, membuat jalan kampung, titi, kerja amal di rumah ibadat, rumah orang cacat, di rumah orang tua dan sebagainya. Jumlah masa perkhidmatan selama 24 jam itu dikumpulkan dalam tempoh 12 bulan. Kerja amal yang dilakukan untuk mendapatkan lencana yang terdahulu daripada itu tidak di kira. Satu rekod yang lengkap menunjukkan kerja amal adalah dikehendaki.
c)Berdikari
Telah mencapai darjah yang boleh diterima berhubung dengan dayausaha dan keyakinan diri.
Menghadiri satu PERKHEMAHAN PENGEMBARAAN selama 48 jam yang diatur oleh Pasukan Latihan Negeri / Daerah mengikut rancangan tertentu. (lihat Lampiran C)
d) Kegiatan
Mencapai darjah yang tinggi dalam mana-mana satu kegiatan yang berikut dan membuktikan bahawa telah mengajar patrolnya dalam kegiatan itu supaya mencapai darjah yang sama: arkeologi, berlakon, radio amatur, berperahu, ukir mengukir, pemeliharaan, tukang kayu, pengurusan, makanan, kajian luar, tarian kebudayaan, mengail, kajibumi, gimnastik, berakit, melukis dan merakam pita atau lain-lain kegiatan.
Menunjukkan bahawa dia telah membantu dengan memuaskan di suatu tapak perkhemahan tetap tidak kurang daripada enam malam.
a) Menanam dengan jayanya bagi tempoh 3 bulan sebidang tanah yang luasnya tidak kurang daripada 50 meter persegi dengan enam jenis sayur-sayuran atau pokok bunga daripada biji benih atau keratan ranting.
ATAU
b) Mengenali dua belas jenis pokok / pokok buahan tempatan dan menanam 3 jenis pokok atau 3 jenis pokok bunga di dalam pasu.
ATAU
c) Memelihara dengan jayanya dalam tempoh enam bulan sekurang-kurangnya dua belas ekor ayam atau burung.
ATAU
d) Memelihara seekor binatang peliharaan bagi tempoh sekurang-kurangnya enam bulan.
ATAU
e) Memelihara 50 ekor ikan di kolam atau menyelenggarakan sebuah aquarium tidak kurang 9 kaki padu bagi tempoh sekurang-kurangnya enam bulan.
INGATAN: Buku Log hendaklah disimpan untuk diperiksa oleh Penguji yang akan memeriksanya sekurang-kurangnya tiga kali.
Menyerahkan kesemua Buku Log asal, segala Laporan dan Sijil asal kepada Pesuruhjaya atau wakilnya melalui Pemimpin Unit dan Pesuruhjaya Daerah seterusnya yang memastikan Pengakap Remaja itu telah memenuhi semua syarat yang dikehendaki.
Mengarahkan Pengakap Remaja itu menghadiri Perkhemahan Pentarafan yang dikendalikan oleh Pengerusi Latihan Negeri/Lembaga Pentaraf Pengakap Raja atau arahan Ketua Pesuruhjaya Negara
Ketua Pesuruhjaya Negara setelah berpuas hati bahawa Pengakap Remaja itu benar-benar layak dan memenuhi semua syarat yang ditetapkan,akan menganugerahkan Lencana dan Sijil DiRaja Pengakap Raja setelah berunding dengan Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri.
Hari Pertama
1400 - Pendaftaran ; Organisasi Perkhemahan. Ucapan Selamat Datang / memperkenalkan Para Jurulatih.
1430 - Persediaan tempat Perkhemahan cara Rimba (Backwoods).
1800 - Masak, makan, mandi dan Solat.
2000 - Sidang I : Persetiaan & Undang Pengakap dan Rukunegara.
2040 - Sidang II : Buku Rekod / Log.
2120 - Malam Kebudayaan Pengakap.
2200 - Minuman Ringan / Selamat Malam / Mesyuarat Jurulatih.
Hari Kedua
0600 - Solat dan Senaman
0700 - Mengembara (Hike) - 20 kilometer dalam masa 8 jam serta menjalankan aktiviti-aktiviti berikut : plaster cast, menyeberang sungai, mendaki bukit, menganggar dan membuat laporan ringkas secara bertulis.
1500 - Laporan Pengembaraan.
1600 - Masak cara Rimba (Backwoods).
1800 - Masak, makan mandi dan solat.
2000 - Sidang III : Pembangunan Masyarakat.
2100 - Malam Kebudayaan Pengakap.
2200 - Minuman Ringan / Selamat Malam / Mesyuarat Jurulatih.
Hari Ketiga
0600 - Solat dan Senaman.
0800 - Ekspedisi berhalang cara pengkalan (base):
a) jambatan komando.
b) 'blind trail'.
c) membuat rakit.
d) aktiviti pertolongan cemas.
e) panjat tembok.
f) membaca kod.
g) memainkan sebuah lagu dengan alatan yang disediakan seperti botol, tin dan lain-lain.
h) dan lain-lain aktiviti yang boleh dijalankan ditempat tertentu seperti membuat rambu rimba (bushman's thong) dan sebagainya.
1000 - Sidang IV : Visi Pengakap Raja.
1030 - Bersurai.
Nota : 1. Perkhemahan ini adalah dijalankan oleh Pasukan Latihan Negeri / Daerah.
2. Bayaran perkhemahan tidak lebih daripada RM15.00 seorang disediakan oleh peserta sendiri.
3. Bayaran Jurulatih dibiayai oleh Pasukan Latihan Negeri / Daerah.