Lencana ini diberi kepada Ahli Pengakap Remaja Udara, sebagai mengakui pengetahuan dan pelbagai kemahiran dalam perkara kuasa enjin, asas-asas weight and balance pesawat, konsep crew resource management. Mengenali tanda isyarat penerbangan dan kaedah-kaedah marshalling.
1.Menerangkan kesan sekunder kuasa enjin seperti slipstream, torque, critical engine dan sebagainya.
2.Menerangkan asas-asas weight and balance pesawat.
3.Membincangkan secara ringkas konsep Crew Resource Management.
4.Mengenali dan menunjukkan perbezaan lampu-lampu isyarat runway, taxiway dan ramp di waktu siang dan malam.
5.Mengetahui dan menerangkan mengenai kategori wake turbulence pesawat udara dan pemisahannya.
6.Berupaya mengecam dan mentafsir pelbagai isyarat permukaan ke udara bagi tujuan mencari dan menyelamat.
7.Menunjukkan kemahiran yang tinggi dalam kaedah-kaedah marshalling.