LEARN MORE ABOUT US
Menunjukkan lampu-lampu isyarat dan navigasi yang terdapat pada pesawat dan menerangkan penggunaannya.
Menerangkan instrument utama dan alat radas asas yang dibawa di dalam pesawat terbang.
Menyenaraikan alat-alat navigasi radio yang asas dan menerangkan penggunaannya.
Mengenali dan menerangkan jenis-jenis enjin pesawat yang berbeza iaitu enjin piston, jet dan turboprop.
Memberi penerangan ringkas mengenai Jabatan Penerbangan Awam (DCA) serta fungsi-fungsinya.
Memahami serta menerangkan istilah VFR, IFR dan Special VFR.
Menerangkan perbezaan jenis-jenis ruang udara, yang dikawal dan yang tidak dikawal.
Menjelaskan mengenai publikasi udara seperti AIP, AIC, MCAR dan sebagainya.
Menunjukkan unit-unit ukuran yang digunakan bagi penentuan cuaca penerbangan.
Mengenali dan menerangkan jenis-jenis awan.
Membincangkan proses kejadian hujan.
Mengetahui dan menerangkan istilah-istilah cuaca yang selalu digunakan seperti CB, rain, drizzle, shower, TS dan sebagainya.
Menerangkan maksud clearance, readback, request, callsign,affirm, negative, roger
Melakonkan satu perbualan radio di antara stesen pesawat dan stesen daratan.