Untuk melayakkan diri menerima Tanda Cemerlang Rambu Pengakap Muda Anugerah Ketua Pesuruhjaya Negara seseorang Pengakap itu mestilah telah memegang LENCANA JAYA dan LENCANA AHLI UDARA UTAMA selama 3 BULAN dan menunjukkan sikap serta tingkah laku yang baik dan boleh dicontohi.
Pesuruhjaya Daerah ataupun Penolongnya akan memberikan anugerah ini apabila seseorang Pengakap itu layak.
Anugerah ini merupakan anugerah tertinggi bagi Pengakap Muda sebelum Anugerah Pengakap Raja.
Wisel dipasang pada Rambu sekiranya penerima Anugerah merupakan Ketua Patrol atau Penolong Ketua Patrol.