Lencana ini diberikan kepada Ahli Pengakap Remaja sebagai mengakui pengetahuan dan pelbagai kemahiran, kecekapan dalam pertolongan cemas, kebombaan, penyelaat nyawa dengan memperlihatkan darjah tertinggi dalam melaksanakan perkhidmatan-perkidmatan yang berkaitan tentangnya.
1.Menyelamatkan Nyawa
Lulus dan mempunyai SATU sijil mana-mana satu kemahiran perkhidmatan yang berikut:
a. Pertolongan Cemas -
Sijil Peringkat Asas yang dikendalikan oleh Pegaai perubatan bertauliah atau St John Ambulan atau Bulan Sabit Merah atau Jabatan Pertahanan Awam Malaysia atau yangsetaraf dengannya.
b. Pemadam Api-
Sijil Asas Kebombaan yang dikendalikan oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia.
c. Penyelamat Nyawa atau ‘Bronze Medallion’ daripada Persekutuan Penyelamat Nyawa atau
badan-badan lain yang diiktiraf seperti Jabatan Pertahanan Awam Malaysia. (JPAM)
2.Perkhidmatan Masyarakat
Membuat kerja amal yang diakui kepada masyarakat berjumlah selama 24 jam dalam temph 9 hingga 12 bulan; umpamanya menolong dalam Perkhemahan Daerah, Negeri atau Kebangsaan, banjir , bencana alam, di rumah ibadat, rumah kebajikan, khidmat tergempa bila-bila berlaku kebakaran, menuai padi, dan mengambil bahagian dalam projek yang dianjurkan oleh pihak berkenaan (Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung : JKKK) atau seumpamanya.